Sabah hantar 1,195 jemaah haji, Majlis Pelepasan dihadiri pemimpin negeri
21:05 May 12, 2026  |  By SabahKini2
Sabah hantar 1,195 jemaah haji, Majlis Pelepasan dihadiri pemimpin negeri

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Mengucapkan Selamat Berangkat kepada Jemaah Haji Negeri Sabah yang berlangsung di sini, pada Ahad.

KOTA KINABALU: Seramai 1,195 jemaah haji dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bakal menunaikan ibadah haji bagi musim 1447H/2026M, termasuk 507 lelaki dan 688 wanita.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Mengucapkan Selamat Berangkat kepada Jemaah Haji Negeri Sabah yang berlangsung di sini, pada Ahad.

Majlis dimulakan dengan alunan zikir Asma’ul Husna dan bacaan doa yang dipimpin Mufti Negeri Sabah, Bungsu @ Aziz Jaafar sebelum diteruskan dengan ucapan wakil pengurusan Lembaga Tabung Haji serta perutusan khas Musa kepada para jemaah.

Acara kemudian diteruskan dengan sesi bersalaman bersama bakal jemaah haji selepas laungan azan.

Dalam pada itu, seramai 142 bakal haji berlepas dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur International Airport bagi menjalani proses “Makkah Route” sebelum meneruskan perjalanan ke Mecca.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan serta beberapa kenamaan lain.

Comment