Bencana banjir Beaufort diisytiharkan tamat
23:01 Jan 12, 2026  |  By SabahKini2
Bencana banjir Beaufort diisytiharkan tamat

Pegawai Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort Mohd Nazri Ajun turut mengisytiharkan penamatan bencana bagi daerah Beaufort pada jam 3 petang tadi.

BEAUFORT: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini yang menempatkan seramai 366 mangsa dari 138 keluarga ditutup secara rasmi pada jam 3 petang hari ini.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Dewan Selagon dibuka sejak 2 Januari lepas jam 5 petang manakala, Dewan Sri Dayang Shahbandar Pada Damit dibuka sejak 6 Januari pada jam 2 petang.

Pegawai Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort Mohd Nazri Ajun turut mengisytiharkan penamatan bencana bagi daerah Beaufort pada jam 3 petang tadi.

Katanya, pengisytiharan penamatan itu berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD dan kejadian bencana pulih sepenuhnya.

Comment