1,419 mangsa banjir ditempatkan di 13 PPS empat negeri
16:01 Jan 06, 2026  |  By SabahKini2
1,419 mangsa banjir ditempatkan di 13 PPS empat negeri

Sabah mencatat jumlah tertinggi dengan 1,164 mangsa berada di 9 PPS di Beaufort (587), Kota Belud (282), Kota Kinabalu (189), Tenom (106) dan Kemabong (tiada mangsa di PPS).

KUALA LUMPUR: Seramai 1,419 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri, setakat jam 7 pagi ini.

Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyatakan, ia membabitkan 522 keluarga kini berada di 13 PPS di Sabah, Sarawak,Johor dan Perak

Sabah mencatat jumlah tertinggi dengan 1,164 mangsa berada di 9 PPS di Beaufort (587), Kota Belud (282), Kota Kinabalu (189), Tenom (106) dan Kemabong (tiada mangsa di PPS).

Diikuti Miri, Sarawak (192), Segamat, Johor (27) dan Kinta, Perak (22)

Daripada jumlah itu, mangsa dewasa yang terbabit adalah seramai 872 orang, kanak-kanak (553) dan bayi (39).

Sementara itu, laman web Public Info Banjir mendedahkan, sekurang-kurangnya tiga sungai di Sarawak setakat jam 6.45 pagi ini melebihi tahap bahaya iaitu Bekenu dan Marudi, Miri serta Nanga Lemai B, Sibu.

Beberapa sungai di negeri itu juga berada pada tahap amaran, antaranya Kuala Binyo, Sungai Similajau dan Sungai Sibiu di Bintulu, Nanga Insungai, Limbang, Benawa dan Long Teru di Miri serta Matu, Mukah.

Satu sungai di Johor iaitu Sungai Muar di Jeti Kg. Tekam, Segamat turut melebihi tahap amaran.

Comment