Bekas Pengarah Pro Warisan gagal: Batalkan Segera Pelantikan Mohd Lan Muslim Sebagai CEO SCENIC
09:01 Jan 03, 2026  |  By SabahKini2
Bekas Pengarah Pro Warisan gagal: Batalkan Segera Pelantikan Mohd Lan Muslim Sebagai CEO SCENIC

Bagaimana bekas Pengarah TERAJU Sabah yang gagal dan terlibat dalam kempen Calon Warisan DUN Tanjung Keramat boleh diangkat sebagai CEO SCENIC? Mahu bangunkan industri kreatif Sabah tapi tiada pengalaman industri kreatif

KOTA KINABALU — Pelantikan Mohd Lan Muslim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC) yang Baharu mencetuskan kemarahan penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang bekerja keras memenangkan GRS dalam PRN Sabah baru-baru. Slogan Selamatkan Sabah yang menuduh GRS dengan pelbagai tuduhan masih terngiang-ngiang di telinga kini bekas pemimpin Warisan tegas pula diberi jawatan CEO.

Ada yang tidak kena sejak selepas pembentukan kabinet ini. Menteri-menteri dilantik gabungan Kerajaan perpaduan GRS, UPKO, BN, PH plus ini berlumba-lumba menunjukkan kuasa sendiri.

Dari isu CEO Invest Sabah dengan skandal hubungan terlarang yang sepatutnya CEO dibuang tapi dipelihara pula oleh Timbalan Ketua Menteri II Sabah merangkap Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi Sabah. Begitu juga pelantikan Pengerusi POIC dan Invest sabah oleh Datuk Ewon tanpa kelulusan atau makluman Ketua Menteri terlebh dahulu dan kini kepada GLC  Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC)

Mengapa SCENIC?

SCENIC merupakan agensi strategik negeri di bawah Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (MESTIS). Terdapat Cadangan meletekkan SCENIC Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah bagi menggerakkan ekonomi anak muda di Sabah namun masih diperhalusi.

SCENIC berperanan membangunkan sektor bernilai tinggi seperti

  • industri kreatif (kandungan digital, animasi, reka bentuk, muzik, filem),
  • teknologi & inovasi (startup, AI, IoT, platform digital),
  • keusahawanan belia dan ekonomi gig.

Ini membantu Sabah beralih daripada ekonomi berasaskan komoditi dan pembinaan semata-mata kepada ekonomi berasaskan idea, bakat dan teknologi.

SCENIC seperti juga dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di peringkat Persekutuan, dan Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) di Sarawak mempunyai fungsi tersendiri. SCENIC GLC strategik, bukan agensi kecil atau simbolik.

 

SCENIC berperanan penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan baharu kepada belia Sabah dengan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat muda, pekerja bebas (freelancer), serta komuniti luar bandar dan separa bandar. Pendekatan ini bukan sahaja membuka ruang pekerjaan yang lebih fleksibel dan berpendapatan lebih tinggi dalam sektor kreatif dan digital, malah membantu mengurangkan penghijrahan bakat ke Semenanjung, di samping membina ekosistem keusahawanan tempatan yang mampan dan berdaya saing untuk jangka panjang.

Justeru, persoalan siapa lantik? adakah Menteri MESTIS, James Ratib, meluluskan atau melantik sendiri Mohd Lan Muslim tanpa memeriksa latar belakang calon?

Jika Kerajaan Sabah perlukan orang yang lebih pandai membangunkan industri kreatif mengapa memilih Mohd Lan Muslim yang pengalamannya bukan dalam industri kreatif?Mencari maklumat dan butirannya pun sukar dalam platform media sosial.

Apa akan jadi jika SCENIC yang menerajui digital Sabah diberi kepada pendokong Warisan? berbondong-bondonglah pejuang Warisan masuk ke dalam SCENIC!


Individu Aktif Kempen Warisan Dilantik Terajui GLC Sabah

Rakyat faham politik dan ekonomi tidak dapat dipisahkan. Namun pilihlah yang latar politik seangkatan bukan menghina perjuangan pemimpin GRS. Semua tahu Mohd Lan Muslim dulu Penyelaras Dun Tanjung Keramat ketika Warisan berkuasa dulu. Dia lompat dari UMNO ke PKR lepas tu Warisan.

 

Bagaimana individu yang aktif terlibat dalam kempen parti Warisan, termasuk kempen “Selamatkan Sabah”, serta membantu calon DUN Tanjung Keramat, Firdaus Duin, dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu boleh dipilih sebagai CEO sebuah GLC strategik negeri Sabah?. Pelbagai fitnah dan tuduhan oleh Warisan menghina Datuk Seri Hajiji Ketua Menteri dan calon GRS, Shah Alfie Yahya adik Ahli Parlimen Putatan. Tiba-tiba dapat jawatan CEO!

Shah Alfie dapat undi 5699 dan Firdaus Duin Warisan 3,839

Apa perasaan kaki kempen Adun GRS Tanjung Keramat?  Atau kawasan DUN lain? Sudah tiadakah orang lain atau pro GRS boleh dilantik?

 

Rekod Gagal di TERAJU Dipertikai

Mohd Lan Muslim sebelum ini merupakan Pengarah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Wilayah Sabah dan Labuan. Namu napa dia buat dalam jawatan itu? Apa manfaat besarnya kepada Sabah? Dia kawtim dan pau syarikat dapat dana TERAJU adalah. Sangat jelas sehingga kini, tiada impak jelas atau kejayaan signifikan yang boleh dibuktikan sepanjang tempoh beliau memegang jawatan tersebut.


Apa sebenarnya sumbangan TERAJU di Sabah di bawah kepimpinan beliau? Jika Fungsi TERAJU memperkasa penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi bernilai tinggi. Apa yang bernilai tinggi?

Di Sabah, sehingga kini tiada projek ikonik atau inisiatif berskala negeri yang dapat dikenal pasti sebagai kejayaan langsung TERAJU, sama ada dari segi penciptaan kluster industri Bumiputera, pembangunan syarikat Bumiputera berskala besar, mahupun lonjakan ketara penyertaan Bumiputera Sabah dalam sektor ekonomi digital dan teknologi. Sebaliknya, kebanyakan program yang dilaksanakan bersifat jangka pendek, berskala kecil dan berulang, tanpa kesan struktur yang mampu mengubah landskap ekonomi Bumiputera Sabah secara mampan.

Secara keseluruhan, sumbangan TERAJU di Sabah tidak sepadan dengan mandat, struktur dan jawatan yang diwujudkan. Ia gagal muncul sebagai agensi transformasi ekonomi Bumiputera Sabah, sebaliknya kekal sebagai entiti berprofil rendah, berimpak kecil dan bergantung kepada kerangka Persekutuan.

Maka mengapa individu yang dikaitkan dengan kegagalan dasar boleh diangkat mengetuai GLC SCENIC?

SCENIC kini berada di penghujung Pelan Lima Tahun 2020–2025, namun pelantikan CEO baharu dengan rekod dipertikai menimbulkan persoalan besar:

Bagaimana seorang bekas pengarah TERAJU yang gagal mampu melaksanakan, apatah lagi menilai, pelan strategik SCENIC?

 

 

GLC Strategik – Lobi Adun bebas

Nama Awang Ahmad Sah, ADUN Bebas Petagas, turut dikaitkan dengan pelantikan ini. Namu apa keuntungan yang Awang Ahmad Sah lobi jawatan untuk Mohd Lan Muslim ini? Apakah bantu kempen Awang Ahmad Sah di Petagas?

Kalau setakat nak untung Awang Ahmad Sah lebih baik terima wang pembelian Warisan oleh Datuk Victor Paul berjumlah RM20 juta baru-baru ini daripada minta jawatan CEO untuk orang lain. Atau Awang Ahmad Sah minta sendiri jawatan Menteri. Bukan jawatan cap ayam untuk bekas CEO yang gagal ini.

Mohd Lan Muslim dilabel sebagai “politikus lalang”, asal boleh hidup dalam semua Kerajaan tapi belakang sokong Warisan. Menyerahkan SCENIC kepada individu sedemikian disifatkan sebagai satu perjudian berbahaya terhadap masa depan ekonomi digital dan kreatif Sabah.

Memandangkan Mohd Lan Muslim baru saja diantik ada baiknya Ketua Menteri membatalkan pelantikan ini CEO SCENIC perlu dipilih orang yang layak bukan bekas Pengarah TERAJU yang gagal!.

1 Comment