PPM gagalkan cubaan seludup 250 karton rokok
22:11 Nov 18, 2025  |  By SabahKini2
PPM gagalkan cubaan seludup 250 karton rokok

Dalam operasi jam 10.05 malam, pasukan PPM yang melakukan rondaan mengesan sebuah bot laju bergerak mencurigakan sebelum menahannya.

SEMPORNA: Taktik seorang lelaki cuba menyeludup rokok tidak bercukai melalui perairan Pulau Tetangan gagal apabila kegiatan itu dihidu Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi khas, malam tadi.

Dalam operasi jam 10.05 malam, pasukan PPM yang melakukan rondaan mengesan sebuah bot laju bergerak mencurigakan sebelum menahannya. 

Timbalan Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Superintendan Jaffri Bidin berkata, pemeriksaan lanjut menemui lima karung guni berisi 250 karton rokok seludup.

Katanya, maklumat awam mengenai kegiatan penyeludupan itu membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan yang mengendalikan bot berkenaan.

“Semua rokok ini dipercayai cuba dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan. 

"Pemeriksaan menemui lima karung guni mengandungi 250 karton rokok berjenama L3 Menthol yang tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, rampasan dibuat mengikut Akta Kastam 1967 dan pihaknya komited memperkukuh usaha membanteras penyeludupan di perairan negara.

“PPM akan mempergiat rondaan dan memperkemas risikan bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat serta bebas daripada aktiviti penyeludupan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ekonomi negara,” katanya.

Comment