PRN Sabah: Dua calon SBP lewat serah borang pencalonan
14:11 Nov 15, 2025  |  By SabahKini2
PRN Sabah: Dua calon SBP lewat serah borang pencalonan

Abdul Hata Abdul Hala gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan kerana tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Arena Masyarakat Semporna selepas jam 10 pagi.

KOTA KINABALU: Dua calon daripada Parti Damai Sabah (SBP) gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 selepas lewat tiba di Pusat Penamaan Calon.

Abdul Hata Abdul Hala gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan kerana tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Arena Masyarakat Semporna selepas jam 10 pagi.

Turut gagal menyerahkan borang pencalonan di pusat pencalonan sama ialah Ahmad Daud Awang yang berhasrat untuk bertanding di DUN Bugaya dalam Parlimen Semporna.

Sebaik proses penamaan calon berakhir pada jam 10 pagi, maka kempen PRN Sabah bermula selama 14 hari, iaitu hingga jam 11.59 malam pada 28 November seperti ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak 73 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN kali ini dan tarikh pengundian awal ditetapkan pada 25 November, manakala hari pengundian 29 November.

Comment