GRS terima ‘friendly contest’, namun calon Bebas dari GRS akan dipecat – Hajiji
14:11 Nov 15, 2025  |  By SabahKini2
GRS terima ‘friendly contest’, namun calon Bebas dari GRS akan dipecat – Hajiji

Namun, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, mana-mana ahli komponen yang bertindak bertanding sebagai calon Bebas akan dipecat.

TUARAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghormati persaingan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) membabitkan rakan kerjasama antara parti yang dianggap sebagai 'friendly contest'.

Namun, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, mana-mana ahli komponen yang bertindak bertanding sebagai calon Bebas akan dipecat.

Katanya, meskipun pertandingan pelbagai penjuru di beberapa kawasan dianggap sebahagian daripada proses demokrasi, disiplin dalam parti tidak boleh dikompromi.

"Bagi parti-parti yang 'friendly contest', itu kita boleh terima. Tetapi, bagi ahli-ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), GRS yang bertanding calon Bebas, kita akan ambil tindakan untuk memecat mereka daripada parti. Ini kita tidak boleh bertolak ansur." katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai menyerahkan borang pencalonan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Dewan Seri Sulaman, di sini.

Pada masa sama, Hajiji kekal yakin GRS dan Pakatan Harapan (PH) akan membentuk kerajaan dan beroleh kemenangan PRN17 Sabah termasuk di DUN Sulaman iaitu kawasan yang ditandinginya.

"Inilah demokrasi, semua boleh bertanding. Tetapi, saya amat yakin calon GRS akan menang dengan majoriti yang besar di kawasan Sulaman,

"Kalau anda tanya saya, saya memang yakin bahawa GRS dan PH akan membentuk kerajaan pada 29 hari bulan ini." katanya.

Comment