AGC keluar amaran tegas kepada pihak yang ganggu prosiding inkues Zara Qairina
21:09 Sep 22, 2025  |  By SabahKini2
AGC keluar amaran tegas kepada pihak yang ganggu prosiding inkues Zara Qairina

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk memulakan prosiding menghina mahkamah jika perlu.

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang mengganggu perjalanan prosiding mahkamah.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk memulakan prosiding menghina mahkamah jika perlu.

"Jabatan ini memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kes Zara Qairina semasa berucap di majlis 'Jelajah Inspirasi DSSA P187 Kinabatangan semalam'.

"Kenyataan sedimen berpotensi menimbulkan persepsi yang tidak tepat dalam kalangan masyarakat serta menjejaskan kelancaran prosiding mahkamah yang sedang berlangsung," katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, AGC sedang meneliti secara terperinci kandungan kenyataan berkenaan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang.

Katanya, semua pihak diingatkan tidak melakukan perbuatan yang boleh mencetuskan kekeliruan atau mengganggu prosiding mahkamah yang masih berlangsung.

Comment