Hajiji terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura
19:07 Jul 25, 2025  |  By SabahKini2
Hajiji terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura

Dalam pertemuan ini, Hajiji merakamkan penghargaan kepada Vanu atas peranan beliau yang sentiasa menyokong usaha mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis.

Dalam pertemuan ini, Hajiji merakamkan penghargaan kepada Vanu atas peranan beliau yang sentiasa menyokong usaha mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.

“Kerajaan Negeri amat menghargai komitmen Singapura dalam memperkukuh hubungan dengan Sabah. 

“Kami mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dari republik itu", katanya.

Sementara itu, Vanu memaklumkan bahawa Singapura bersedia menyokong Sabah dalam pelbagai bentuk kerjasama lain termasuk dalam aspek latihan, perkongsian kepakaran teknikal, sektor pendidikan dan lain-lain.

Hajiji dan Vanu turut bertukar pandangan mengenai cara untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak.

Kunjungan itu turut dihadiri beberapa pegawai kanan kerajaan negeri dan pegawai Suruhanjaya Tinggi Singapura di Malaysia.

Comment