Fitnah kelulusan kebenaran mohon lesen carigali: SMM saman MalaysiaNow milik Rahman adik Latheefa Koya
18:07 Jul 25, 2025  |  By SabahKini2
Fitnah kelulusan kebenaran mohon lesen carigali: SMM saman MalaysiaNow milik Rahman adik Latheefa Koya

SMM menyifatkan laporan MalaysiaNow sebagai tidak berasas, berunsur fitnah dan direka bagi mengelirukan pembaca serta merosakkan reputasi syarikat. Hanya Kelulusan Kebenaran Untuk Memohon Lesen Carigali bukan 'Lesen Carigali'

KOTA KINABALU Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) telah memfailkan saman fitnah terhadap portal MalaysiaNow berhubung dakwaan palsu bahawa syarikat itu telah mengeluarkan lesen mencarigali (Prospecting Licence) kepada Bumi Suria Sdn Bhd bagi kawasan hutan simpan di Kalabakan.

Dalam kenyataan media hari ini, SMM menyifatkan laporan tersebut sebagai tidak berasas, berunsur fitnah dan direka bagi mengelirukan pembaca serta merosakkan reputasi syarikat dan kepimpinannya.

“Penerbitan MalaysiaNow bersifat berat sebelah dan mencetuskan persepsi negatif yang boleh menjejaskan nama baik SMM serta pengarah dan pegawainya,” tegas kenyataan itu.

SMM turut menjelaskan bahawa di bawah Ordinan Perlombongan Sabah 1960, hanya Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU) mempunyai kuasa mengeluarkan Lesen Mencarigali.

“SMM tidak pernah dan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen carigali. Perkara ini turut disahkan oleh Pengarah JTU melalui kenyataan bertarikh 24 Julai 2025 yang menyatakan tiada sebarang lesen carigali atau berkaitan mineral pernah dikeluarkan kepada Bumi Suria Sdn Bhd,” jelas kenyataan itu.

Sebaliknya, peranan SMM hanyalah sebagai entiti pelaksana bagi menyelia, menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan usaha wajar (due diligence) ke atas permohonan lesen carigali yang dikemukakan kepada kerajaan negeri.

Menurut SMM, mesyuarat lembaga pengarah pada tahun lalu hanya meluluskan kebenaran bersyarat untuk memohon lesen carigali kepada Bumi Suria – satu kelulusan awal yang memerlukan syarikat terbabit mengemukakan dokumen lengkap untuk semakan lanjut.

Namun, Bumi Suria didakwa gagal menyerahkan dokumen yang diperlukan dalam tempoh ditetapkan.

“Pada 24 Mac 2025, SMM telah mengeluarkan Surat Pembatalan Kebenaran Memohon kepada Bumi Suria. Tempoh kelulusan telah tamat dan permohonan rasmi tidak dikemukakan dalam masa ditetapkan. Maka, kelulusan bersyarat terbatal serta-merta.”

SMM menegaskan bahawa fakta ini langsung tidak disebut dalam laporan MalaysiaNow.

SMM juga mengecam tindakan MalaysiaNow yang menyiarkan rakaman audio kononnya dari mesyuarat Lembaga Pengarah SMM pada Mei 2024, dengan mendakwa suara dalam rakaman itu milik Ketua Pegawai Eksekutif, Natasha Sim.

Bagaimanapun, SMM menegaskan suara tersebut bukan milik beliau, dan penggunaan nama serta gambarnya dalam konteks tersebut dianggap berniat jahat dan mengelirukan.

“MalaysiaNow gagal mendapatkan pengesahan maklumat daripada SMM atau Natasha sebelum menerbitkan laporan, satu pelanggaran serius etika kewartawanan.”

SMM memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak mengulangi atau menyebarkan semula dakwaan palsu yang terkandung dalam laporan MalaysiaNow.

“Kami akan meneruskan tindakan saman fitnah terhadap MalaysiaNow serta mana-mana pihak terlibat dalam penyebaran laporan palsu, mengelirukan dan berunsur fitnah ini.”

Kes ini mencetuskan perhatian besar kerana ia membabitkan isu integriti dalam pengurusan sumber mineral negeri serta dakwaan salah guna maklumat dan dokumen oleh pihak tertentu dalam usaha mendapatkan lesen mencarigali secara tidak sah.

Semalam portal Sabahkini2 menganalisis semua dokumen yang diviralkan oleh Malaysianow terbukti semua dokumen lama ketika Jontih Enggihon sebagai CEO SMM sehingga 31 Ogos 2024. Bagaimanapun Malaysianow tidak memiliki surat akhir bahawa Bumi Suria, Farhash dan Aminudin tidak memiliki lesen carigali selepas dibatalkan pada 24 Mac 2025. Malaysianow juga memesong maksud memiliki lesen carigali dengan KELULUSAN KEBENARAN UNTUK MEMOHON LESEN CARIGALI

 ARTIKEL BERKAITAN- Bumi Suria, Farhash dan Aminuddin tiada lesen Carigali 70,000 hektar di Kalabakan – SMM batalkan pada 24 Mac 2025

 

 

 

MAKLUMAT MALAYSIANOW - ADIK LATHEEFA KOYA

 


Kakaknya Latheefa Koya merupakan antara peguam membela Albert Tei

2 Comments