Bumi Suria, Farhash dan Aminuddin tiada lesen Carigali 70,000 hektar di Kalabakan – SMM batalkan pada 24 Mac 2025
14:07 Jul 24, 2025  |  By SabahKini2
Bumi Suria, Farhash dan Aminuddin tiada lesen Carigali 70,000 hektar di Kalabakan – SMM batalkan pada 24 Mac 2025

Bumi Suria hanya ada Kelulusan Kebenaran Memohon Bukan Lesen Mencarigali. Kebenaran juga telah dibatal pada 24 Mac 2025 bermakna tiada kawasan 70 ribu hektar. Apapun dokumen dibocor Jontih dianggap tidak sah dan batal.

Sejak beberapa  hari ini kecoh dengan pendedahan portal Malaysianow mengenai pemilikan lesen carigali mineral Syarikat Bumi Suria Sdn Bhd atas nama Datuk Wira Farhash Wafa Salvado dan Datuk Mohd Aminuddin Mustapha bekas Penasihat Khas, Biro Maklumat Pemuda UMNO Malaysia (2004–2008) yang kini seorang ahli perniagaan dan dilantik GLC ketika Datuk Seri Salleh Pengerusi Qhazanah Sabah. 

Bermacam-macam dokumen surat, minit mesyuarat dan video yang hanya disimpan oleh Jontih Enggihon bekas CEO SMM bersama Setiausaha syarikat didedahkan semula. Begitu juga dokumen membuktikan Syarikat Bumi Suria Sdn Bhd dan Bumi Borneo Sdn Bhd dimiliki oleh kedua-dua pemimpin di atas. Persepsi dibentuk pemilik syarikat adalah pemilik lesen mencarigali. 

Malaysianow juga melaporkan Syarikat Farhash terima lesen carigali mineral Sabah di kawasan tiga kali ganda keluasan KL. Farhash menafikan memiliki lesen carigali begitu juga SMM menafikan memberi kelulusan kerana semua itu kuasa dalam BOD SMM. Benarkah ada LESEN MENCARIGALI?

Namun fakta yang mesti rakyat Malaysia tahu ialah Bumi Suria Sdn Bhd terbukti  tidak memiliki lesen mencarigali dengan kawasan seluas 70,000 hektar di Kalabakan, Sabah selepas  surat pembatalan dikeluarkan oleh Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) bertarikh 24 Mac 2025.

Ini bermakna tiada tanah seluas 70,000 hektar diberi kepada syarikat Bumi Suria Sdn Bhd selepas mereka sendiri tidak membuat permohonan lesen carigai mineral.

Apa saja surat, minit dan video yang didedahkan adalah permohonan mana-mana syarikat hanyalah KELULUSAN KEBENARAN UNTUK MEMOHON LESEN CARIGALI  oleh Lembaga Pengarah SMM dan belum memiliki lesen sehingga semua permohonan dilengkapkan semula. Sekali lagi HANYA KELULUSAN KEBENARAN MEMOHON BUKAN LESEN MENCARIGALI!

Surat itu jelas menunjukkan pembatalan dibuat berikutan kegagalan Bumi Suria mengemukakan permohonan rasmi lesen kepada SMM menjelang tarikh akhir kelulusan bersyarat iaitu 22 Mac 2025, walaupun beberapa pelanjutan dan syarat telah diberikan sejak 2023. Ini bermakna pembatalan telah dibuat 5 bulan yang lalu bukan hari ini atau bulan ini. 

Semakan menunjukkan Kelulusan Kebenaran Untuk Memohon Lesen Carigali Bumi Suria dipohon oleh Ag Mohd Zufaiza Zulkiply Pengarah Bumi Suria Sdn Bhd  bersama Chua Fong Fong (Penampang). Chua Fong Fong merupakan pemilik asal syarikat ini sejak 21 Oktober 2021 hingga 9 Disember 2022 sebelum diambil alih oleh Ag Mohd Zufaiza Zulkiply sejak 8 Disember 2022 hingga 8 Mei 2024.

Hanya 7 Mei 2024 diambil atau dibeli oleh Datuk Mohd Aminuddin Mustapha dan Datuk Wira Farhash Wafa Salvador. Ya benar Bumi Suria Sdn Bhd  milik Datuk Mohd Aminuddin Mustapha  dan Datuk Wira Farhash Wafa Salvador tetapi permohonannya sejak 2023 dibuat oleh Ag Mohd Zufaiza Zulkiply. Apakah ia satu kesalahan? Sesiapa saja boleh memberi syarikat lain.

 Pada 7 Mei 2024 dimiliki Aminuddin dan Farhash

 

Kronologi KELULUSAN KEBENARAN UNTUK MEMOHON LESEN CARIGALI Syarikat Bumi Suria Sdn Bhd dan Ag Mohd Zufaiza Zulkiply jelas menunjukkan ia dipohon dengan cara betul sama seperti syarikat lain. Semua dokumen-dokumen ini adalah apa yang dibocorkan dalam media sosial.

Minit-minit Ketua Menteri tidak bersifat mengarah tetapi boleh diproses jika teratur tertakluk ulasan pegawai SMM dan kelulusan BOD. Kelulusan Kebenaran juga pernah dibatalkan kali pertama sebelum membuat rayuan semula untuk kelulusan sehinggalah dibatalkan 24 Mac 2025 lalu


Pernah dibatalkan. sebelum rayuan dibuat semula

 

 

Perlu dingat semua urusan di atas antara Bumi Suria dan PT Bayan diuruskan oleh CEO SMM Jontih Enggihon ketika itu. Semua urusan surat menyurat, mesyuarat, lawatan malah jemputan PT Bayan ke Mesyuarat SMM pembentangan syarikat dan pelaburan dibuat oleh Jontih. Jontih juga menurut sumber 'deal' dengan anak pemilik Bayan membawa bersama Albert Tei. 

 


Yang menjemput PT Bayan ialah Jontih Enggihon untuk pembentangan cadangan

 

Namun apa yang penting hari ini Jabatan Tanah dan Ukur Sabah  memaklumkan tiada sebarang lesen mencarigali (Prospecting Licence) dikeluarkan kepada Syarikat Bumi Suria Sdn Bhd di bawah peruntukan Ordinan Perlombongan Sabah 1960 (SMO 1960).

Pengarah Tanah dan Ukur merangkap Ketua Merinyu Galian Sabah, Datuk Bernard Liew Chau Min berkata, segala kenyataan, promosi, atau tindakan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan lesen mencarigali oleh Syarikat Bumi Suria Sdn Bhd.

“Adalah tidak berasas dan tidak ada mendapat kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa perlombongan negeri.

“Untuk makluman umum, sebarang aktiviti pencarigalian mineral di Negeri Sabah hanya boleh dijalankan setelah mendapat lesen sah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 6 dan 8 Ordinan Perlombongan Sabah 1960

Ini membuktikan semua permohonan di atas hanyalah  KELULUSAN KEBENARAN UNTUK MEMOHON LESEN CARIGALI bukan lesen Carigali sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengarah JTU Sabah.

 

Semua Dokumen & Video “Bocor” oleh Jontih Enggihon Tidak Sah

Susulan semua kebocoran segala dokumen atau video yang dikeluarkan oleh portal Malaysianow atau mana-mana pihak yang bersumberkan Jontih Enggihon – bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMM  adalah jelas terbatal dan tidak sah sehingga beliau tamat CEO pada  31 Ogos 2024.  Apa yang didedahkan oleh Jontih hanyalah semua dokumen lama yang beliau rancang bukan dokumen terkini oleh pengurusan SMM. Jontih hanya marah dan tidak puas hati syarikatnya dan Albert Tei dibatalkan.

Pada 18 November 2024, CEO baharu SMM, Natasha Sim, telah membuat laporan polis terhadap Jontih Enggihon atas dakwaan menipu dan menyalah guna dokumen berkaitan lesen mineral. 

Begitu juga SMM juga telah memfailkan saman sivil terhadap Jontih Enggihon dan individu bernama Albert Tei pada januari 2025 mendakwa meluluskan lesen palsu tanpa kelulusan lembaga, mengubah minit mesyuarat palsu meluluskan semua syarikat Albert Tei dan cuba memperdaya pihak berkepentingan dalam industri perlombongan negeri. Beliau juga menipu Ketua Menteri semata-mata untuk kepentingan dirinya. 

Saman SMM jelas menunjukkan semua penipuan Jontih yang bersekongkol dengan Albert Tei sebagaimana artikel Sabahkini2 sebelum ini membolot 13 syarikat;

ARTIKEL BERKAITAN- Fail Sulit Kartel Albert Tei terbongkar bersekongkol dengan Jontih, 3 pengerusi syarikat cuba bolot 13 lesen mineral di Sabah

Semua Kelulusan Kebenaran Untuk Memohon Lesen Carigali dibatalkan SMM kerana surat LOA dan Minit Palsu

 

SAMAN PENUH SMM KEPADA JONTIH DAN ALBERT TEI- 

 

 

 

 

 

20 Comments