Prosiding saman sivil berprofil tinggi yang difailkan oleh Sabah Development Bank Berhad (SDB) terhadap firma audit global Ernst & Young PLT (EY) ditangguhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, bagi memberi ruang kepada persiapan lanjut dokumen dan hujahan. Kes tersebut melibatkan dakwaan kecuaian audit yang didakwa menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion kepada institusi kewangan milik penuh kerajaan negeri Sabah itu.
Penangguhan diputuskan oleh Hakim Puan Ros Mawar binti Rozain dalam sesi pengurusan kes yang dijalankan di kamar, dengan tarikh baharu ditetapkan pada 2 Julai 2025.
Kecuaian Audit yang disifatkan sistemik
Dalam penyataan tuntutan setebal 100 muka surat, SDB mendakwa EY gagal melaksanakan tanggungjawab profesional sebagai juruaudit luar sepanjang tempoh tahun kewangan 2017 hingga 2022. Firma audit itu dikatakan:
- Gagal mengenal pasti pinjaman tidak berbayar (NPL) melebihi RM2.2 bilion.
- Menggunakan laporan penilaian cagaran lapuk yang menyebabkan aset dinilai secara salah.
- Tidak mengesan kelemahan kawalan dalaman dan risiko kredit.
- Menyediakan penyata kewangan “mengelirukan” yang membawa kepada pengisytiharan dividen RM177 juta dan pembayaran cukai yang tidak tepat.
- Terlibat secara langsung dalam amalan "perakaunan kreatif" dan “penghijauan pinjaman” (evergreening) yang menyembunyikan kemerosotan sebenar aset.
Audit EY dalam tempoh lima tahun itu dilaporkan menunjukkan bahawa SDB mencatat keuntungan konsisten sekitar RM680 juta, sedangkan audit tahun 2023 yang dilakukan oleh pengurusan baharu mendedahkan kerugian sebenar mencecah RM878 juta, dengan unjuran rugi tambahan melebihi RM100 juta untuk tahun 2024.
[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah Development Bank Saman Ernst Young PLT: Dakwa Penipuan Audit Sebabkan Kerugian RM1.97 Bilion]
Implikasi kepada pasaran dan Bon Kerajaan Negeri
Tuntutan SDB menekankan bahawa kes ini membabitkan kepentingan awam, memandangkan sebahagian besar dana bank diperoleh melalui terbitan bon kerajaan negeri Sabah. Selain itu, sebahagian besar peminjam SDB terdiri daripada entiti pembangunan infrastruktur dan sosial utama di Sabah selain daripada Semenanjung.
Tindakan undang-undang ini dijangka menjadi penanda aras penting dalam sektor audit negara, memandangkan EY merupakan satu daripada "Big Four" firma audit global, dan telah berkhidmat kepada SDB secara berterusan sejak 2017 — meliputi era pentadbiran Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Shafie Apdal. Dua era ini mengesan penipuan syarikat audit yang sangat memalukan itu terutama di zaman kepimpinan Shafie Apdal Warisan. Syarikat dah tahu gagal bayar hutang tetapi diberi lagi hutang selepas 2018. Paling teruk syarikat kroni kesayangannya CONSTRUCTION AND SUPPLIES HOUSE BHD (CASH) dilupuskan hutang bernilai RM178 juta!
Ketika Shafie Apdal Ketua Menteri semua projek negeri Datuk Ambrose Lee sapu. Malah paling banyak dapat hutang SDB
dan lupus hutang SDB
Hanya selepas pengambilalihan kerajaan negeri oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan pelantikan pengurusan baharu di SDB, ketidaktelusan kewangan ini berjaya dibongkar. Jika SPRM mengesan semua pinjaman yang dilulus, NPL yang dilupus serta syarikat NPL diberi pinjaman semula akan menemui salah laku pegawai SDB yang diarahkan pemimpin terdahulu
Tuntutan RM1.97 Bilion: Komponen Utama
Jumlah ganti rugi yang dituntut oleh SDB terhadap EY mencecah RM1.97 bilion, meliputi:
- Dividen yang diisytiharkan berdasarkan penyata kewangan yang tidak tepat.
- Kerugian pinjaman tidak berbayar yang tidak dilaporkan secara tepat dalam audit.
- Kos kewangan dan liabiliti cukai berdasarkan laporan yang salah.
Prosiding Akan Datang
Mahkamah akan menyemak perkembangan dokumentasi dan hujahan pada 2 Julai 2025 sebelum menetapkan tarikh perbicaraan penuh. Tiada indikasi setakat ini bahawa rundingan penyelesaian luar mahkamah sedang berlaku, menjadikan kes ini antara pertikaian sivil paling kritikal dalam sejarah institusi kewangan milik negeri.
Apakah Ernst & Young akan bersedia berunding membayar kerugian hampir RM2 bilion ini memandangkan ini menjejaskan nama baik EY sebagai firma audit global terkemuka. EY menjejaskan dan merosakkan integriti mereka sehingga sanggup menipu audit.